Adam dan Mak Lang

Adam: ASSALAMUALAIKUMMMM.
Mak Lang: Ui mak ai. Waalaikumsalammmm. Adam dok buat apa tu?
A: Mak Lang ingat tak Mak Lang ajar Adam main PSP?
ML: Mestilah ingat.
A: Okay. Mak Lang, Mak Lang kenalkan dengan Ismail?
ML: (Pulak dah. Mail mana ni?) Ismail mana ni?
A: Ala, Ismail di Gaza tuuuu.
ML: Ismail di Gaza??
A: Yang tu lah. Semalam Adam bagi sepuluh ringgit kat dia.
ML: Kenapa Adam bagi sepuluh ringgit kat dia?
A: Kesian dia, Mak Lang. Dia tak makan, tak minum. Luka-luka. Kena la bagi sepuluh ringgit kat dia.
ML: Ish, kesian dia.
A: Nanti kalau tabung Gaza datang kat Mak Lang, Mak Lang pun bagi la duit kat dia, okay?
ML: (Sungguh terharu) Baiklah. Tapi Adam bukan setakat boleh bagi duit, Adam pun boleh derma mainan Adam kat dia jugak.
A: (Diam). Adam.. Adam.. Adam ada nak bagi toys (!! English abess!!) kat dia tapi.. tapi Adam tengok dah rosak.
ML: Banyaklah songeh Adam. Haha. Adam bagi duit sapa kat tabung tu?
A: Duit Adam lah.
(Suara Babah kat belakang: Adam tipu. Duit babah lah.)

6 thoughts on “Adam dan Mak Lang

Leave a reply to fatihah Cancel reply