On A Morning Such As This

Setelah enam tahun mendiami bumi Ukraine, boleh dikatakan banyak adat resam orang Slav yang kami pelajari. Ye, ini negara bekas komunis, tetapi mereka tidaklah menakutkan seperti yang diwar-warkan oleh media massa. Stalin mungkin sangat kejam, merampas tanah para petani yang tak berdosa, menyebabkan jutaan rakyat menderita dan mati kebuluran. Lenin pula seorang ilmuan yang cuma berdendam dengan tsar yang memporak-perandakan keluarganya. Paling kurang Lenin sangat oklah dari Kim Jong-il yang lagi sanggup merabehkan boreh mendevelop teknologi nuklear dari membayar untuk perubatan rakyatnya. Seorang pakar mata dalam satu negara, gila hapa?

Masuk balik topik. Beberapa fakta yang saya suka untuk berkongsi dengan anda tentang Ukraine, atau lebih spesifik, tentang Crimea, semenanjung kecil yang dikelilingi Laut Hitam ini.

1) Crimea merupakan republik autonomi, bercuaca 4 musim, sejuk nak mati (-20 paling rendah) pada waktu musim sejuk, panas juga nak mati pada waktu musim panas (+44 pernah dicatatkan).

2) Rata-rata rakyat di Crimea lebih suka berada di bawah pemerintahan Soviet Union (USSR) berbanding daripada kerajaan sekarang. Ukraine merdeka pada tahun 1991, dan sejak dari itu ekonomi mereka berbanding pada waktu USSR jatuh teruk dan menyebabkan ramai rakyat yang menderita.

3) Crimea didiami oleh bangsa Russia, bangsa Ukraine, bangsa Tatar (yang kebanyakannya datang semula dari dibuang negeri di Uzbekistan dan lain-lain Tan yang berkenaan). Oleh yang demikian makanan di sini ada banyak variasi. Paling saya suka ialah nasi pilaf (plov) dan shashlik (meat on stick). Pergh, kalau anda cuba yang di 7th hospital punya mutton shashlik, mesti hendak lagi (pastikan tekanan darah anda di paras norma ketika menjamah. Penulis tidak bertanggung jawab di atas sebarang pening-pening lalat yang bakal dialami).

4) Tidak, mereka tidak minum vodka untuk sarapan pagi. Selalunya vodka dihidangkan ketika ada pradznik (perayaan) seperti sambutan hari jadi, majlis perkahwinan, ulangtahun perkahwinan, naik pangkat, turun pangkat, hari kelahiran Lenin, hari kematian Lenin, bla bla. Ketika musim sejuk, amat berguna untuk mereka untuk memanaskan badan. Muka dan leher akan menjadi merah macam udang karang, nafas berbau macam bontot memerang. Sebelum minum, mereka tidak menyebut ‘kampai’, tetapi ‘na zdaroviye’,  maksudnya ‘untuk kesihatan’. (Sekiranya mengalami bengkak hati dan buta mata itu bermaksud sihat, mungkin ada maknanya).

5) Mereka pantang melihat kad-kad deck, mesti anda akan dilempang sekiranya anda didapati memegang kad-kad tersebut. Berjudi merupakan isu sensitif di bumi ini untuk generasi tua. Tak kisahlah kalau anda cuma bermain cho tai ti takpun seven diamonds dengan kad-kad itu, anda tetap dianggap berjudi. Dengan perkembangan teknologi generasi muda yang gian hendak berjudi tidak lagi menggunakan kad, tetapi membuat betting online, takpun kunjungi sahaja booth-both KUSH dan FAVORITE yang bersepah di sepanjang jalan.

6) Generasi tua di sini juga amat concerned yang tahap pelik-pelik sekiranya mereka terlihat gadis-gadis duduk di atas kerusi/tembok simen tanpa sebarang lapik. Mereka sanggup datang dari jauh setengah batu semata-mata untuk menegur anda supaya segera bangun. Bukannya apa, tak elok untuk pemberanakan. Nanti uterus jadi sejuk. Pelik tetapi mungkin benar. Hahha.

7) Kata-kata endearment (panggilan manja?) di sini amat pelik. Contoh: ‘Zhaichik’ bermaksud arnab, selalu digunakan oleh makcik-makcik comel yang penyayang. “Solnse’ iaitu matahari, digunakan oleh lelaki yang sedang mengayat awek. Apa terjadi dengan ‘sayang’ tak pun ‘adik manis’?

8) Gadis-gadis di sini lebih suka menggunakan duit untuk memiliki pakaian dari trend terkini daripada membeli makanan. Buktinya bekas jiran kami di hostel memang amat bergaya tetapi hanya makan terung goreng setiap hari. Mungkin itu salah satu rejim diet yang sukar untuk difahami.

9) Sekiranya anda ternampak sekelompok (adakah ini penjodoh bilangan yang betul?) burung merpati, silalah jangan jakun dan mula berkejaran kerana anda tidak pasal-pasal akan disergah oleh veteren perang. Bagi mereka burung merpati dipercayai roh-roh tentera mereka yang terkorban ketika perang dunia kedua. Tua sungguh burung-burung itu.

10) Perkahwinan rakyat di sini tidak lengkap tanpa pusing satu pekan sambil membunyikan hon dan mengeliling roundabout sebanyak lima kali. Kurang pastu mengapa. Tetapi rakyat di sini agak sporting juga, mereka akan turut melambai ke arah kereta pengantin sambil lebih kurang memberikan restu.

Dah malas nak piker apa untuk tambah. Saya nak pergi masak.

Advertisements

5 thoughts on “On A Morning Such As This

  1. Adekah marat safin same adikny danira safina berasal dr crimea???sebabnye dpa org tar tar, but sadly non practise muslim…nanti ko kawin boleh la round pasar borong 8 round ek..tak pn hospital slayang.heheheh…

  2. eddie: ohhh he’s hot kan. takpe kasi aku kawen ngan dia pastu i’ll straighten him out. nak amik ibrahimovic dah taken kan. siap ada tatu lagi. ish sedih.

    ko ni obses sungguh ngan spital selayang ni nape? nak kene nihhhh.

    amal: i miss you too 😦

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s