Tabiat Buruk

Saya tidak puas hati dengan cara wartawan BBC memportray (menggambarkan ?) yang tentera dan kerajaan Rusia adalah kerajaan terjahat dalam dunia. Bahawa serangan mereka ke atas Georgia adalah tidak berasas. Tuduhan itu dihebatkan lagi apabila kerajaan Rusia langsung tidak cuba untuk menjustify (meesplen? menerangkan ?) tindakan mereka kepada orang awam. Kononnya Georgia adalah mangsa keadaan dan tersepit antara dua kuasa besar (tapi memang betul pun, tapi sapa suro lu chose the wrong side, brader?).

Saya pernah di’tag’ beberapa bulan lalu sampai saya lupa sapa yang tag saya oleh yang demikian, here goes:

1. Saya gosok gigi di sinki dapur. Kadang-kadang saya akan siap parking berus gigi saya di tengah-tengah tempat letak sudu. Memang disgusting dan saya mewarisi trait ini dari abang sulung yakni Bg. Meir. Namun yang demikian memang masyuk la berus gigi di sinki dapur kerana kalau bgn pagi boleh trus mkn bekpes, kalau sebelum tido boleh minum air segelas. Mak selalu bising tapi lalalala.

2. Saya selalu mengahwinkan Zohor dan Asar, serta Isya’ dan Subuh. Maksud saya, saya akan solat lewat lebih kurang setengah jam sebelum masuk waktu seterusnya. Antara sebabnya pasal nak jaga wuduk kerana sejuk wooo nak pergi amik wuduk selalu. Kedua, pasal saya memang lazimnya pemalas. Silalah tampar muka saya kerana tabiat ini memang amat-amat laa merugikan saya.

3. Apabila saya bersin di tingkat 5, orang yang berada di tingkat bawah sekali pun boleh dengar.

4. Saya maafkan tapi saya sukar lupakan.

5. Apabila saya ketawa tak ikhlas (contohnya, lawak yang kurang lawak), mata saya akan mengecil dahulu sebelum ketawa meletus. Sekiranya saya tak gemar dengan manusia itu, saya tak hipokrit dan terus tunjuk rasa tak puas hati. Kawan-kawan selalu marah, kata mereka saya ni jujur sangat. Nak buat macam mana saya memang dilahirkan begini. Saya tak kisah pun kalau orang pun berperasaan begitu terhadap saya. Rasanya lebih baik dari kutuk dan tikam belakang, tak gitu?

6. Saya memang suka senyum kat orang, tak kira sesiapa dan di mana jua. Paling saya suka ialah mengacau anak bujang form 4 jiran sebelah rumah saya ketika dia lepak di luar sambil main SMS. Nak kacau adik sendiri dia dah tak dok umah. Terpaksa la kacau orang lain.

7. Saya berjalan laju sangat, siap kalau pakai kebaya/kebarung saya boleh terpeleot ketika berjalan kerana langkah terlalu besar, sikit lagi kain nak terkoyak. Sebab itu saya tak suka pakai kebarung. Adik saya cakap saya jalan macam polis.

8. Saya malas iron tudung. Kalau di Ukraine saya selamba apam pakai tudung tak iron, tetapi fabric softener saya sangat efektif maka tak la nampak tudung tu tak beriron. Sewaktu membuat praktikal di Malaysia, saya mengalami depresi kerana semua benda dari tudung sampai kain dalam pun kena iron. Selain membazir masa, ia juga membazir elektrik dan melambatkan pertumbuhan negara sebanyak 0.0001 peratus.

Sebenarnya kena buat sampai 10 tetapi saya malas. Sapa-sapa rasa nak buat, buatlah. Tetapi saya rasa saya ingin paksa Eddie, Nore, Yuni dan Mamal untuk buat.

P/S: Chong Wei, you’re my new hero!!

Advertisements

6 thoughts on “Tabiat Buruk

  1. miss aida: right on, dear. hope both of us will improve come ramadhan. aminnn.

    nore: ish ishhh, tak baik berhutang. nanti ah long carik maa. 😀

    mary: err, are you sure you got the right LaiLy?? hehe never been tagged as the funny one before. i’m still in KL dear but i bet the weather in Ukraine mesti panas gila, which i can definitely wait 😀

  2. a buddy of mine just returned from ukraine back here to calif. on a month’s tour, he liked it, I’m waiting to see his photos. Guess your going back or already back?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s