Mentaliti Melayu

Yet another wasted sleep watching Dynamo Kiev vs Real Madrid last night. Looking at the given odds of 2.4 and 2.6, it was as if the football world was mocking their fans with its ability to trick and deceive. Nevertheless it’s refreshing to learn that teams like Selangor FC could have their 15 minutes of fame againts the likes of World Cup qualifiers for eg; Japan, even though shortlived.

The game was a set up, nothing new there. Something new however when I received a call from a hooker. A female hooker. What the fook, right? I was interrupted from my slumber to hear some incohent purring in the phone?? When my phone rang at 3 in the morning, I thought only the worse. Not even bothering to check for the caller ID, I muttered a ‘ya’ and was greeted with a ‘dorogoi’. (it means sayang in Russian)

Nasib baik I’m not much of a mamai person. She insisted I called her first. I shot back saying how the heck would I’ve gotten her number in the first place. Then she replied something about it being scribbled in the lecture hall. Then it snapped. Yes. Desperate Russian chicks offering phone sex services by scribbling their number on the lecture booth. Although I may seem out of it sometimes, but I wouldn’t bring myself to the scary level of being that far out to be CALLING UP A HOOKER! Hello?? Why would I waste my precious credit over 5 minutes of pretentious orgasm??

Then it occured to me how one of my guy classmates was toying with my mobile earlier in the lecture hall.

Oh, he’s so gonna get it. Both for making me lose my sleep, and my credit. And no, I wasn’t up all night thinking the possibilities of turning the conversation into a little bit more lucid. And detailed. *slaps naughty thoughts away*

Here’s a forwarded article which has been making me giggle all morning. Sometimes I wonder where do these people leave half of their brains. Under the pillow, perhaps?   

Hapuskan mentaliti sempit ‘Melayu sahaja Islam’
Oleh SAIFUL BAHRI SAIDIN

KHILAF dalam pemikiran orang Melayu bahawa Islam di Malaysia
hanya merujuk kepada orang Melayu sahaja amat menyedihkan.
Mungkin didikan dan pengajaran yang kita terima sejak kecil lagi dengan hanya mengaitkan agama Islam di negara kita dengan orang Melayu sahaja.

Akibatnya pengetahuan agama kita menjadi cetek dan disogokkan dengan yang memakai serban, bersongkok, berjubah dan bertudung itu alim dan tinggi ilmu agamanya.

Jarang sekali semasa didikan awal kita mengaitkan Islam itu suatu agama yang universal dan dianuti oleh berbagai-bagai bangsa di dunia ini. Lebih celaru lagi apabila seseorang itu keturunan Arab, terus kita fokuskan bahawa beliau adalah beragama Islam. Sedangkan ramai yang berketurunan Arab bukan beragama Islam.

Eloklah kita mendidik anak-anak yang masih kecil dan muda remaja agar jangan sempit pemikiran tentang takrif orang yang beragama Islam supaya mereka lebih terbuka pemikirannya.

Dalam dunia yang laju bergerak arus kemodenannya, perkembangan dan tamadun Islam juga perlu seiring dengan kecanggihan komunikasi dan teknologi. Kita jangan sempitkan diri dan keluarga kita dengan hanya menitikberatkan soal fardu ain dan kifayah sahaja. Asas agama itu memang perlu ada di hati dan sanubari setiap insan yang mengaku beragama Islam.

Namun dalam pergelutan dan pergaulan kita seharian, ia tidak boleh lari dari pertembungan dan perbandingan dengan agama lain. Sedang rakyat negara kita ramai yang berulang-alik ke luar negara, bekerja malah ada yang menetap di luar negara, ditambah pula dengan limpahan pekerja asing yang berbagai agama ke negara kita, orang Islam terutamanya generasi muda mula terdedah dengan fenomena baru.

Jika dahulu, kita takrifkan setiap orang Melayu itu beragama Islam, setiap orang India itu beragama Hindu, setiap orang Cina beragama Buddha atau Confucius kini banyak telah berubah.  

Didikan terhadap anak-anak harus ditekankan bahawa di Malaysia ini agama Islam itu bukan hanya merujuk kepada orang Melayu sahaja. Bangsa lain pun ada yang menganut agama Islam. Kita jangan menyempitkan fikiran anak-anak kita. Didiklah mereka supaya menganggap Islam itu agama universal.

Kekesalan pemikiran sempit tentang Islam telah berlaku kepada penulis semasa berhari raya di rumah jiran baru-baru ini. Jiran kami mengadakan rumah terbuka dengan menjemput rakan sekerjanya, jiran sekelilingnya dan sanak saudaranya untuk menjamu selera di Hari Raya.

Isteri saya mempunyai raut wajah mirip orang Cina. Sedang kami menjamu selera, datang seorang anak kecil bertudung dengan ditemani oleh bapanya yang berserban dan berjubah dan ibunya yang bertudung penuh dan berjubah. Anak tersebut ingin duduk di meja saya kerana meja lain sudah penuh. 

Amat terkejut kami berdua dan mereka yang berada di sekeliling kami apabila bapa kepada anak kecil itu melarang anaknya duduk di meja kami dengan kata-kata: “Jangan duduk kat meja tu. Kita makan tak boleh campur dengan orang kafir.”

Saya amat sedih dan mengucap panjang apabila seorang yang penampilan mereka sekeluarga sebagai “mengikut sunah” dan “tinggi Islamnya” boleh mengeluarkan kata- kata seperti begitu. Sedih mengenangkan anak kecil sudah diberi pengajaran yang salah dan sempit tentang agama Islam.

Contoh kedua di rumah saya sendiri, apabila seorang rakan datang berhari raya. Walaupun berlainan ideologi politik, tetapi kami masih bersahabat. Sedang menjamu selera, tiba-tiba rakan saya itu seperti tersentak apabila melihat bingkai bergambarkan seni kaligrafi tulisan Cina. Dia terus menegur saya dengan nada yang tinggi: ”Apa nak jadi dengan kau ni. Kau gantung tulisan kafir di dalam rumah? Macam mana malaikat nak masuk rumah kau ni? Bertaubatlah.” Begitu mudah beliau memberikan komen dan nasihat.  

Apabila saya jelaskan kaligrafi Cina itu bermaksud mengucap dua kalimah syahadat dalam bahasa Mandarin dan ia direka oleh orang Islam China yang keturunannya sudah 700 tahun beragama Islam di wilayah Xian, China, rakan saya itu terus terdiam. Jelas sekali pengetahuan agamanya begitu cetek dan amat mudah untuk “menjatuhkan hukum”.

Masih terdapat umat Islam di negara kita ini yang rendah mentalitinya dan hanya menganggap orang Melayu sahaja yang beragama Islam di dunia ini. Apabila dikaji mengapa ini boleh terjadi, ternyata kurang ilmu pengetahuan dan malas membaca adalah punca utama terdapat minda orang Melayu yang beragama Islam bersikap sebegini. Mereka hanya menerima ajaran dan seruan dari satu kumpulan sahaja.

Saya percaya rakan saya dan keluarga “berjubah” itu belum pernah ke tanah suci Mekah sama ada mengerjakan umrah ataupun menunaikan haji. Jika mereka ke sana, insya-Allah pemikiran mereka akan terbuka apabila melihat berbagai bangsa dan warna kulit mengelilingi mereka semasa mengerjakan ibadat.

Golongan sebegini agaknya akan merasa hairan dan “mengucap panjang” apabila berada di pulau Bali, Indonesia dan melihat seorang tempatan yang bersongkok dan berbaju batik makan daging babi di restoran. Lebih terkejut lagi jika dibawa ke dalam negara sendiri di rumah panjang suku kaum Kelabit di Miri dan mendapati ada surau di dalam rumah panjang tersebut. Walaupun penampilan suku kaum itu tidak menunjukkan “identiti Islam”, tetapi sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam sejak 100 tahun dahulu lagi.

Sepatutnya golongan sebegini bersama-sama menegakkan syiar Islam dan menggalakkan perpaduan seagama walaupun berlainan warna kulit dan bangsa. Pemikiran sempit hanya orang Melayu sahaja yang beragama Islam perlulah dihindari.

Ramai mualaf terpinggir di antara umat Islam di negara kita. Mahukah kita membiarkan mereka hilang arah kerana mentaliti sempit bahawa hanya Melayu sahaja yang beragama Islam di Malaysia ini?

Advertisements

5 thoughts on “Mentaliti Melayu

  1. naz>> bantai-ed already! jahat kannn. tapi takpe, at least when i’m old and grey i could have proclaimed that i had a hooker calling me up. i think that was under my must-do list in life, no 64. koffkofff.

    sitiraudah>> interesting indeed 🙂 my birthday this saturday la 😉

  2. Assalamu’alaikum Wr. Wb.
    Selamat datang di MelayuOnline.com. Dunia Melayu se-dunia.
    MelayuOnline.com adalah portal (pangkalan data) dunia Melayu dan kemelayuan se-dunia yang diluncurkan pada tanggal 1 Muharram 1428 H (20 Januari 2007) oleh Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu (BKPBM). Pembuatan portal ini merupakan realisasi salah satu program BKPBM yaitu menggali, mengumpulkan, memelihara serta mengekalkan pelbagai khazanah budaya Melayu yang masih berlaku di masyarakat maupun yang pernah ada di masa lampau, sehingga budaya Melayu yang selama ini masih merupakan mosaik-mosaik lepas dapat terajut menjadi hamparan dokumentasi yang utuh dari sebuah peradaban besar. Dengan kata lain, BKPBM bertujuan untuk melestarikan tradisi budaya dengan cara yang tidak tradisional melalui teknologi informasi yang merupakan keniscayaan yang tidak dapat ditawar lagi.
    MelayuOnline.com saat ini masih terbatas dalam edisi bahasa Indonesia, namun dalam waktu dekat akan segera diluncurkan dalam edisi bahasa Inggris. Apabila memungkinkan, dengan dukungan konkret Anda, kami juga merencanakan untuk meluncurkannya dalam bahasa-bahasa lain yang dipergunakan oleh para pelaku dan pendukung budaya Melayu se-dunia. Dengan demikian kehadiran portal ini dapat berfungsi sebagai media komunikasi antar puak-puak Melayu di berbagai belahan dunia, yang pada gilirannya dapat merekonstruksi dan mengembangkan budaya Melayu agar dapat mengikuti perubahan zaman. Nilai-nilai luhur yang terkandung dalam budaya Melayu semestinya dipakai sebagai acuan dalam berpikir, berperilaku dan menyikapi kehidupan modern dalam dinamika global.
    MelayuOnline.com adalah pangkalan data yang merupakan dokumentasi, inventarisasi, dan penyajian informasi tentang segala ikhwal dunia Melayu dan kemelayuan yang dihimpun dari berbagai sumber pustaka kemelayuan maupun dari ratusan media cetak dan media online di Indonesia serta negara-negara lain. Data-data tersebut diklasifikasi dan disusun berdasarkan berbagai kategori dalam kerangka struktur yang dapat dipertanggungjawabkan keabsahannya secara akademik. Hal tersebut dimaksudkan untuk membantu siapa saja yang ingin mengetahui dan memahami budaya Melayu, baik secara ringkas-sepintas ataupun serius-mendalam untuk kajian dan penulisan paper, makalah, skripsi, tesis, disertasi maupun keperluan lainnya. Portal ini terdiri atas 23 menu utama yang mengupas tuntas segala ikhwal dunia Melayu, meliputi: home; berita; artikel; sejarah Melayu; budaya Melayu; sastra Melayu; tokoh Melayu; pakar/periset Melayu; penghargaan; direktori; ensiklopedi Melayu; kamus Melayu; resensi buku, perpustakaan; agenda; pautan; forum; koleksi; kedai; peta situs; donasi; tentang kami; dan hubungi kami. Setiap menu dibagi lagi dalam berbagai sub menu maupun sub-sub menu lain yang komprehensif, sehingga kehadiran portal ini diharapkan dapat memenuhi misinya sebagai pangkalan data dan informasi dunia Melayu dan kemelayuan se-dunia.
    MelayuOnline.com didedikasikan sepenuhnya bagi kegemilangan tamadun Melayu, dikelola oleh insan-insan Melayu yang memiliki kepedulian terhadap pengekalan dan pengembangan warisan budaya Melayu. Sebagai sebuah portal, kelengkapan isi (data-data, artikel, informasi, referensi, foto, dan ikhwal apa saja tentang Melayu) yang terdapat di MelayuOnline.com, tidaklah akan lengkap dan akurat tanpa kontribusi dari Anda semua. Kontribusi dari berbagai pihak akan sangat berharga bagi pangkalan data ini untuk perkembangan dunia Melayu se-dunia. Desain visual, desain struktur isi maupun data-data baik artikel, informasi, referensi, foto, dan sebagainya tentang dunia Melayu di dalam portal ini dilindungi oleh Undang-undang Hak Cipta dan telah didaftarkan hak patennya. Meskipun demikian, siapapun diijinkan untuk mengkopi, menyadur atau mempublikasikan semua isi yang terkandung di dalam portal ini dengan syarat harus mencantumkan MelayuOnline.com sebagai sumber yang dikutip.
    Wassalamu’alaikum Wr.Wb.
    Pemangku Balai
    H. Mahyudin Al Mudra, SH.MM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s