Akauntan yang Gila Tapir.

Hari ni adalah hari yang agak shilanat bagi saya kerana saya telah berdepan dengan beberapa orang yang shilanat. Agak sia-sialah pahala puasa saya hari ini kerana telah terlepas juga perkataan-perkataan yang agak kurang enak untuk pendengaran yang pada hari normal pun jarang saya tuturkan (bukan nak kata saya ni baik, tapi dah memang baik nak buat mcm mana? :D)

Hari ini dimulakan dengan baik. Saya bangun sahur pun tak la terkejar-kejar nak reheat nasik dan lauk kerana timing agak menawan pada hari ini. Subuh pun di tahap anak-anak kutu kerana selepas sahur saya sambung baca buku. Minggu ini saya menjadi extra rajin kerana cycle Neurology telah bermula. Sejak dari hari Isnin lagi saya berasa bebal-bebal alang oleh kerana banyak sel-sel otak yang telah mati ketika bercuti selama 2 bulan. Subjek Neuro begitu menguji sel-sel otak saya supaya kembali aktif menghantar impulse antara satu sama lain.

Oh ya, kembali kepada manusia shilanat yang memegang title akauntan universiti saya. Saya tak tahu apa yang salah dengan manusia ini. Mungkin dia berpuasa seperti saya; oleh yang demikian otaknya sedikit weng nak berfungsi. Tapi tidak ada logika kerana dia bukan seorang Muslim atau ahli kitab. Kalaupun dia berpuasa, takkan awal-awal pagi dah PMS? Ataupun mungkin dia grad dari University of Tuvalu, takpun University of Gedebe. Mungkin juga dia grad dengan degree jurutera tetapi tersilap jadi akauntan.

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, saya membayar yuran tahunan uni secara cash. Seperti yang dilakukan pelajar-pelajar lain kerana negara bekas Soviet ini agak dungu dalam hal-hal pembankan. Maka setelah membayar yuran, saya telah menyerahkan salinan resit kepada akauntan sebagai bukti pembayaran. Stended prosidur ya kawan-kawan.

So bayangkan lah perasaan saya apabila sewaktu baru je nak melabuhkan punggung kat lecture hall, inspektor (wanita yang separa shilanat) mengumumkan nama-nama orang yang belum membayar yuran dan akan dibuang universiti, dan nama saya termasuk sekali! Tak penah aku selama dok berskolah ni kena buang skolah, ok? Nasib baik inspektor saya mempunyai kepercayaan terhadap saya (have faith la…), lalu tidak secara langsung mengumumkan nama saya kepada public yang lebih kurang 100 orang. Sayang jugak perempuan tu dengan saya. Walaupun agak tidak adil bagi org lain, pedulik hape aku.

Saya dinasihatkan berjumpa akauntan uni untuk menyelesaikan dilema saya. Maka saya pun menghala ke pejabat dekan dengan harapan untuk menyelesaikan masalah secara baik. Buka-buka pintu sahaja, dia telah mengeluh. Untuk pengetahuan anda, saya amat pantang orang mengeluh. Menurut saintis, mengeluh membuang masa dalam kehidupan anda sebanyak 2 tahun. Tapi saya maintain senyum. Saya pun ckp la yang ada technical error. Terus dia sembur saya bawa resit saya nak tengok. Cik akauntan, saya tak usung resit original bayar duit yuran ribu-ribu merata-rata. Saya simpan dokumen2 penting sebegitu dekat rumah.

Saya pun bertanya boleh tak saya bawak esok.

Dia balas itu problem awak.

Saya tanya lagi, so boleh tak saya pergi kelas hari ni?

Dia cakap, tu masalah awak jugak.

Saya sudah agak hilang sabar. Maka saya bertanya, kan saya dah bagi awak salinan resit tu. Awak buat apa? Cucuk masuk lobang bont*ot awak ke? (Ha, I wish I have said that. Instead, I asked: saya dah bagi salinan dengan awak. Awak pun dah sign copy saya dan copy itu.)

Dia mendengus. Terus dia berdiri dan berkata, kalau awak tak keluar sekarang, saya buang awak dari universiti.

Saya pun terus hangin satu badan. Saya nak nyumpah dalam bahasa Russia saya cuma tahu ayat-ayat yang baik saja. Rasa macam mesej pending gitu. Maka saya pun bersuara ‘crazy b/i/t/ch’ dalam nada monoton (ala-ala tengah mengawal hikmat menetas kepala peringkat ke-6 dari bermula).

Sekian sahaja luahan perasaan saya hari ini. Untuk makluman anda, akauntan itu telah menemui ajal setelah jatuh pokok blackcurrent yang ditanam depan rumahnya. Dalam angan-angan saya di kelas neuro tadi πŸ˜€

Selamat beriftar!

Advertisements

4 thoughts on “Akauntan yang Gila Tapir.

  1. naz says:

    Haha, dugaan betul bulan pose ye cik LaiLy. My personal experience… pernah kena bar from my final exams gara-gara 1 sen tak bayar. I’m not joking oke!!! I queued (panjang plak tuh!)dekat my campus finance desk just to pay a freaking 1 sen! I don’t know how the hell that happened. Kakak accounts division tu pun tergelak. Haihhh… dalam hati “Aaaaaaaaarrgh! Why do these things happen to meeeeeeeee!!!!!!!!???”

  2. karlbum>> hehhe. itu la. i hope i pull out ok in the next test. i feel like i kinda failed this one tho 😦

    amal>> she’s one psychopath, alright. when she was proved wrong (budak laen nama nur gak yg tak bayor lagi), she didn’t even bother to apologise. seb baek dean aku yg gi marah dia πŸ˜€

    naz>> you’re kidding. oh my God, if i were you, i’d bomb the finance dept kot? wahhahha… sabar ye puan naz, hope the same thing won’t happen again πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s